assalamualaikum… sudah lama saya tidak menulis di dalam blog ini, maklumlah kesibukan menghadapi dunia kampus yang amat memberatkan, tetapi semester musim luruh telah saya tinggalkan untuk menghadapi semester musim bunga yang terakhir di bumi jordan. namun, sepanjang cuti yang singkat ini apa yang perlu saya buat? tidur? bermain internet? atau menghabiskan waktu senggang dengan aktiviti yang bermanfaat? jawapannya, saya akan memulakan azam baru saya dengan memulakan penulisan novel yang sebenarnya bukan sebahagian daripada kemahiran saya. justeru saya inginkan sebuah iltizam yang jitu dan segala cabaran yang perlu saya tempuhi untuk merealisasikan hasrat saya ini.
ramai yang akan memandang sinis akan azam saya yang satu ini. kerana mereka mengetahui yang saya ini jarang bersungguh dalam melaksanakan segala segala perancangan… jujur saya mengakui akan kelemahan yang satu itu, tetapi dengan kesungguhan saya untuk bergelar yang terbaik, disamping cuba mengambil semangat yang ditiupkan oleh saudara hilal asyraf, penulis muda mapan yang terkenal dengan novel islami, saya cuba untuk menghasilkan sebuah novel ringkas. mungkin bukan panjang tetapi sebagai permulaan sebuah novel islami untuk para remaja. inilah yang saya cuba akan lakukan. tetapi bagaimana hendak memulakannya?
sebuah novel yang sarat dengan nilai- nilai murni yang diterapkan di dalam ajaran islam, menjadi impian para penulis islami yang inginkan pembaharuan di dalam sastera, berkemungkinan untuk mewujudkan sebuah falsafah adabul iltizam yang bertunjangkan seni untuk islam, itulah garapan saya untuk menghasilkan sebuah karya yang penuh makna tersurat dan tersirat.
doa saya yang ringkas tetapi kudus, biarlah allah memperkenankan doa saya supaya saya dapat menghabiskan penulisan novel ini dalam tempoh dua minggu sebelum bermulanya kelas terakhir musim bunga di bumi isra ini. amin… sesiapa yang boleh berkongsi ilham untuk sebuah novel yang mungkin saya namakan dengan nama “Dari Bumi Kinabalu ke Bumi Isra” ini bolehlah mengirimkan komentar ke blog ini…terima kasih kerana menyokong saya…