salam alaikum… salam sejahtera dari bumi permai jordan (permai ker??) oklah, saya terus kepada point… dunia kritikan akan ke mana?? itulah satu persoalan yang perlu di jawab oleh semua yang mengikuti dunia sastera.
apa yang saya harapkan daripada dunia kritikan ini ialah kemahiran kita untuk berinteraksi dengan dunia sastera, tidak kira genre dan asal usul sastera itu. kerana dunia sastera adalah sesuatu yang kompleks, dan tanpa kritikan, sesuatu genre sastera menjadi tidak lengkap.
kerana itulah, kritikan sastera menjadi pelengkap kepada survival sastera itu sendiri. seperti yang dikatakan bahawa kebanyakan teori kritikan sastera melayu diambil dari kritikan sastera barat, akan tetapi kini beberapa cendikiawan sastera melayu memperkenalkan beberapa teori di dalam sastera melayu, yang mungkin memberikan manfaat kepada dunia sastera melayu yang semakin lama semakin menampakkan kesuramannya.
dan bagaimana pula dengan sastera arab? sastera arab banyak berpijak kepada inferens daripada ilmu retorik (balaghah), dan kerana banyak ulama terdahulu telah membuka jalan kepada pembinaan teori sastera arab, yang mungkin menjadi panduan kepada sarjana barat, terutamanya dari perancis yang memperkenalkan beberapa aliran di dalam sastera, antaranya aliran klasik, aliran romantik, aliran barnasi, dan aliran perlambangan, dan seterusnya membawa sastera arab ke arah satu dimensi yang baru di dalam sejarah pekembangan kritikan sastera.
selain itu, kita tidak harus lupa kepada pemikir- pemikir sastera moden yang bertungkus lumus di dalam memperkenalkan satu cabang baru di dalam sastera arab, iaitu sastera bandingan.
apabila kita memperkatakan berkenaan sastera bandingan arab, kita akan mengingat beberapa perintis di dalam sastera bandingan arab, antaranya ruhi al-khalidi, qistaki al-himsi, sulaiman al-bustany; dan pengasas kepada gerakan sastera bandingan di universiti- universiti arab, iaitu muhammad hilal ghanimy, selain beberapa sarjana sastera bandingan seperti hussam al-khatib, muhammad khalid al-karaki (sekadar menyebut beberapa nama).
selain itu, dunia kritikan sastera moden diperhalusi lagi dengan beberapa teori yang mungkin menjadi perbincangan di kalangan sarjana kritikan moden. antaranya hubungkait antara sastera dengan beberapa cabang ilmu kemanusiann seperti psikologi, sosiologi; dan sebagainya. inilah yang menjadi penanda arus kepada survival sastera di dunia timur tengah.
cukup sekadar itu yang mampu saya kongsikan kepada semua. harapnnya kita mampu untuk menjadi perintis kepada perkembangan teori kesusasteraan, tidak kira sastera melayu, inggeris, arab, ataupun dunia- dunia sastera yang lain.