salam mukaddimah

salam… ni adalah permulaan kalam saya untuk menajamkan pena saya.. terpulang pada kalian untuk menilai sejauh mana hasil penulisan saya.. banyak penulisan saya dipengaruhi oleh persekitaran dunia sastera, melayu mahupun arab. untuk permulaan, saya akan menyajikan kepada anda kepada dunia sastera arab.. walaupun sastera arab merupakan antara subjek yang paling tidak digemari oleh sebahagian pelajar bahasa arab, terutamanya melayu, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya untuk meniupkan ruh sastera di dalam jiwa. mungkin inilah suratan saya yang membawa saya kepada dunia yang masih baru untuk diterokai.. tidak mengapa… di dalam tulisan yang berikutnya saya akan membawakan kepada anda beberapa teori sastera arab yang telah ditemui oleh para pengkritik sastera, baik pengkritik tradisi mahupun kontemporari.. bertemu lagi di ruangan yang akan datang.. maas salamah wa ilal liqa’

7 Comments

Filed under semasa

lambaian hijrah (puisi)

LAMBAIAN HIJRAH
Aladib Afzan

Dari jauh,
dia melambai ke arahku.

Tahun yang berlalu,
mengucapkan ma’as salamah;
tahun yang mendatang,
medakapku,
lantas mengucapkan ahlan wasahlan.

Biarkan tahun yang berlalu,
menjadi dedaunan yang gugur;
nantikan tahun yang mendatang,
menjadi bunga yang bakal merimbunkan buah;
mungkin enak dirasa,
mungkin pahit ditelan.

Tahun yang mendatang,
genggamlah tanganku ini,
agar tidak ketinggalan berterusan di belakang mu.

7.08 a.m
bumi padi.
malaysia

Leave a comment

Filed under penulisan sastera, puisi

tribute buat sahabat (allahyarhamhu illham ellani jamal)

Tribute Buat Sahabat

-Dedikasi buat Allahyarhamhu Illham Ellani Jamal (1988-2011)

Aladib Afzan

 

Sunnatullah datang silih berganti,

itulah coretan lauhul mahfuz.

 

Saat ku menerima perkhabaran itu,

mindaku terbuai kenangan lalu;

tatkala ku menjabatkan tangan persaudaraan

tanda hormat dan kasih sebagai seorang abang.

 

Meskipun taaruf sekelumit cuma,

dapat ku bayangkan semangat itu,

ruh persahabatan yang bertaut antara kita,

terisi biarpun berjauhan.

 

Senyumanmu, riangmu, tawamu,

menjengah ke ingatanku,

mencambah benih- benih ukhuwwah antara kita.

 

Kini,

semua itu hanya memori,

sebahagian dari lembaran skrip,

yang takkan diimbas kembali,

di atas pentas kehidupan.

 

Hanya inilah titipanku buatmu,

doaku dari bumi bertuah,

selamat jalan duhai sahabat;

berehatlah dikau di alam sana

pastinya kami akan menyusulmu duhai sahabat.

 

Wahai tuhan yang maha hidup lagi teguh berdiri,

kau tempatkan suratan amalannya di dalam ‘Illiyyin

kau peliharalah dia dari siksa Jahannam,

kau jemputlah dia ke dalam Firdausi,

untuk menikmati janjimu yang berkekalan abadi.

 

Sayonara Illham Ellani,

kenangan kita akan ku pateri dalam sanubariku,

buat selamanya.

 

darul aman,

4 dis 2011

0050 (12.50 a.m)

Leave a comment

Filed under puisi

bersua kembali

salam… bersua kembali di dalam penulisan blog ni.. sekian lama terperap tanpa idea yang baru dan bernas… insya allah saya akan mengupdate blog yang brkaitan dengan sastra dari masa ke semasa.. nantikan kemunculan semula blog sastera ini…

Leave a comment

Filed under 1

aktif semula blog

assalamualaikum….syukur kepada allah s.w.t kerana masih memberian ruang dan nafas kepadaku untuk menghasilkan karya2 penting di dalam blog ini… insya allah aku akan memulakan kembali penulisan blog dengan memasukkan nota2 penting utk subjek2 yang sedang diambil di bumi jelapang padi ini…. so aku akan cuba masukkan dlm blog nih… setiap 2 hari sekali… ok… klu nk tau…. buka2 laa blog ni yer

Leave a comment

Filed under 1

sambungan kaitan sastera melayu-arab

Assalamualaikum…. rasanya terperam lama saya tidak mengeluarkan post-post terbaru daripada sastera melayu-arab…

rasanya ada beberapa perkara di dalam sastera melayu- arab yang masih perlu diperbincangkan dan diperhalusi… antara yang menjadi persoalan ialah perkaitan antara puisi Hamzah Fansuri dengan puisi ahli- ahli tasauf arab antaranya Ibn ‘Arabi dan Ibn Ar-Rumi… disamping pengaruh yang terdapat di dalam naskhah puisi “Al-Amin” oleh A.Samad Said, di mana ada yang mengatakan bahawa puisi ini menyerap beberapa sumber islam yang utama, antaranya sirah Nabi S.A.W dan beberapa buah puisi yang dikenali sebagai  “Al-Burdah”. mungkin inilah yang memberi impak yang besar di dalam perkembangan sastera melayu.

Apa yang perlu menjadi persoalan kini, apakah novel- novel islami kini banyak mengambil pengaruh persekitaran masyarakat yang sarat dengan elemen-elemen timur tengah? mungkin bagi mereka yang membaca tanpa memberikan komentar, mereka akan berpendapat sedemikian. Tetapi, saya berpendapat bahawa ada sebahagian novel- novel islami kini banyak mengambil pengaruh timur barat, terutamanya negara- negara arab, tetapi masih kurang menggarapkan sepenuhnya ruang yang ada bagi memberikan satu latar tempat yang menarik minat pembaca untuk terus mengkaji dan memahami novel islami. Inilah sebabnya kenapa kebanyakan novel islami kurang mendapat tempat di kalangan masyarakat berbanding novel picisan yang terdapat di pasaran kini.

Inilah peluang kita untuk terus mendekati dan memahami fungsi sebenar sesuatu karya itu dihasilkan.

Di dalam perbincangan yang lain, saya akan cuba mengupas beberapa perkara yang terdapat di dalam ruang perbincangan sastera bandingan arab.

Leave a comment

Filed under penulisan sastera

puisi: duhai pemimpin!

Duhai pemimpin!

lihatlah ke dalam jiwamu

apakah kau seorang al-amin?

atau seorang munafiq?

duhai pemimpin!

rasai nadi perjuanganmu,

apakah bersuluh cahaya rabbani

atau bermalapkan zulmat syaitani?

duhai pemimpin!

tika kau diangkat

apakah kau ingati lagi janjimu

atau semakin lupus dek kealpaanmu pada kuasa?

ingatlah

setiap ama dan kuasamu

bukan mainan senjata

bahkan mehnah ujian

jangan sesekali alpa akan kuasamu

nanti musnah impianmu

gelaran al-amin itu semakin kabur

andai dikau lupa daratan.

Leave a comment

Filed under penulisan sastera, puisi

bidang- bidang kajian sastera bandingan

sastera bandingan merupakan satu daripada cabang sastera baru, di mana kajiannya merangkumi pelbagai bentuk sastera sesuatu bangsa dan membandingkannya dengan sastera bangsa yang lain. sastera bandingan ini mula diperkenalkan pada tahun 1727 apabila abel pilleman mengutarakan perkaitan antara sastera- sastera di eropah pada suatu ceramah yang diadakan di sourbon, perancis.

penulis pada kali ini membawakan anda kepada suatu tajuk yang mungkin ramai masih ragu- ragu untuk membuat kajian terhadapnya. kajian yang dimaksudkan ialah bidang- bidang kajian di dalam sastera bandingan.

bidang lapangan kajian sastera bandingan lebih menjurus kepada apa yang telah dilakukan dan segala bentuk penghasilan sastera yang mendorong kepada titik pertemuan antara dua atau lebih daripada sastera sesuatu bangsa. antara bidang kajian sastera bandingan adalah faktor- faktor pemindahan sastera dari suatu bahasa ke bahasa yang lain. pemindahan ini dilakukan atas dua sebab ; iaitu buku- buku dan para penulis.

Leave a comment

Filed under 1

bermulanya fasa baru sebagai sasterawan muda

assalamualaikum… sudah lama saya tidak menulis di dalam blog ini, maklumlah kesibukan menghadapi dunia kampus yang amat memberatkan, tetapi semester musim luruh telah saya tinggalkan untuk menghadapi semester musim bunga yang terakhir di bumi jordan. namun, sepanjang cuti yang singkat ini apa yang perlu saya buat? tidur? bermain internet? atau menghabiskan waktu senggang dengan aktiviti yang bermanfaat? jawapannya, saya akan memulakan azam baru saya dengan memulakan penulisan novel yang sebenarnya bukan sebahagian daripada kemahiran saya. justeru saya inginkan sebuah  iltizam yang jitu dan segala cabaran yang perlu saya tempuhi untuk merealisasikan hasrat saya ini.

ramai yang akan memandang sinis akan azam saya yang satu ini. kerana mereka mengetahui yang saya ini jarang bersungguh dalam melaksanakan segala segala perancangan… jujur saya mengakui akan kelemahan yang satu itu, tetapi dengan kesungguhan saya untuk bergelar yang terbaik, disamping cuba mengambil semangat yang ditiupkan oleh saudara hilal asyraf, penulis muda mapan yang terkenal dengan novel islami, saya cuba untuk menghasilkan sebuah novel ringkas. mungkin bukan panjang tetapi sebagai permulaan sebuah novel islami untuk para remaja. inilah yang saya cuba akan lakukan. tetapi bagaimana hendak memulakannya?

sebuah novel yang sarat dengan nilai- nilai murni yang diterapkan di dalam ajaran islam, menjadi impian para penulis islami yang inginkan pembaharuan di dalam sastera, berkemungkinan untuk mewujudkan sebuah falsafah adabul iltizam yang bertunjangkan seni untuk islam, itulah garapan saya untuk menghasilkan sebuah karya yang penuh makna tersurat dan tersirat.

doa saya yang ringkas tetapi kudus, biarlah allah memperkenankan doa saya supaya saya dapat menghabiskan penulisan novel ini dalam tempoh dua minggu sebelum bermulanya kelas terakhir musim bunga di bumi isra ini. amin… sesiapa yang boleh berkongsi ilham untuk sebuah novel yang mungkin saya namakan dengan nama “Dari Bumi Kinabalu ke Bumi Isra” ini bolehlah mengirimkan komentar ke blog ini…

terima kasih kerana menyokong saya…

Leave a comment

Filed under penulisan sastera, semasa

puisi: menerobos ke ruang mata hati

Menerobos ke Ruang Mata Hati


Dirimu kini,

semakin lesu dek kealpaan

cerminan peribadi semakin suram;

Apakah dikau lena

mengantuk disorongkan bantal duniawi?

 

Di mana cermin mata hatimu;

semakin buta , buta, dan terus buta

ultra celikmu semakin lama semakin kabur

semakin kelam.

 

Menerobos ke ruang mata hati,

mencari di mana silap

gegar kalbumu

semakin kurang.

 

Sebelum kalbumu pecah berderai,

bak cermin terhempas di lantai;

carilah kembali dirimu yang lalai

agar tidak lagi lena dibuai

dek mimpimu dan dirimu yang longlai.

 

fakulti sastera dan sains kemanusiaan,

mafraq, jordan

15-11-2009

Leave a comment

Filed under puisi

REALISMA DI DALAM NOVEL VT OLEH HILAL ASYRAF

REALISMA DI DALAM NOVEL VT OLEH HILAL ASYRAF

Realisma merupakan salah satu daripada bentuk kritikan moden, di mana realisma melihat kepada keupayaan sesorang penulis untuk mengaplikasikan segala idea yang ada melalui pengalaman dan keadaan reality di dalam masyarakat.

Di dalam kajian sastera, banyak pengkritik sastera rumpun arab memilih Naguib Mahfouz sebagai ikon di dalam penghasilan karya- karya berunsur realisma. Dan di dalam penulisan ini, penulis akan menumpukan aspek realisma dan hubungkait dengan islamisasi di dalam novel “VT” yang ditulis oleh Hilal Asyraf.

Salah satu realisma yang ditonjolkan di dalam novel ini ialah pemilihan watak dan latar. Pemilihan watak bersesuaian dengan realiti kumpulan bola tampar Ma’had Attarbiyyah Al-Islamiah Perlis (MATRI), dan kesemua watak yang dipaparkan di dalam novel ini adalah watak sebenar di dalam pasukan bola tampar tersebut. Lihat beberapa nama yang diambil sebagai watak- watak di dalam novel tersebut, seperti watak Zulkarnain, Farhan, Abdul Qahar, Ustaz Saiful Rahman, Ustaz Mahadzir, dan sebagainya. Mereka ini adalah pelajar- pelajar asal MATRI yang bermain untuk pasukan bola tampar sekolah tersebut dan secara kebetulan pasukan mereka menjulang trofi utama kejohanan bola tampar Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Perlis (MSSP’S) untuk 2008.

Satu yang mungkin menjadi persoalan, bagaimana penulis menggunakan ruang lingkup pengalaman beliau di dalam menghasilkan novel yang mungkin orang anggap enteng kerana tidak memasukkan unsur cinta di dalam novel beliau yang dianggap islami? Pertama, beliau merasakan bahawa novel ini semestinya sarat dengan pelbagai nasihat dan pengajaran, di samping meletakkan nilai persahabatan dan kemanusiaan sebagai tema utama di dalam novel tersebut. Kedua, penulis merupakan salah seorang daripada pasukan bola tamper tersebut, dan beliau menulis novel ini sebagai perkongsian maklumat dan pengalaman beliau di dalam pasukan tersebut, yang banyak suka dan duka di dalam menempuh cabaran sebagai seorang pemain bola tampar.

Selain itu, plot yang disusun sepanjang penceritaan novel ini, ditumpukan dengan bebrapa kaedah, antaranya imbas kembali, seperti watak Asyraf yang mengimbas kembalik detik- detik kemerosotan sukan bola tampar di sekolah tersebut, selain dialog Ustaz Saiful yang mengimbas kembali semua taktik kotor Cikgu Senan di dalam karier beliau.

Pemilihan latar juga merupakan satu ciri penting di dalam menghasilkan sesuatu karya yang bersifat realiti, contohnya pemilihan tempoh persekolahan dari awal semester pertama (Januari) sehingga akhir cuti persekolah semester tersebut (akhir Mei- awal Jun), di samping pemilihan waktu kejohanan di pertengahan bulan Mei. Selain itu, penulis mengambil contoh beberapa tempat sebagaai rujukan latar ,misalnya pemilihan Perkampungan Tunjong, Beseri Perlis; di samping beberapa nama kampus di wilyah tengah dan selatan semenanjung, iaitu UIAM, USIM, KOUITHO, dan UTM. Manakala suasana masyarakat yang digambarkan di dalam novel ini digambarkan sebagai kumpulan pelajar yang menuntut di MATRI, Sekolah Sukan Negeri Perlis (SSNP), dan beberapa latar masyarakat penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Apa perkaitan antara islamisasi dan realisma yang digarap di dalam novel tersebut? Penulis menghubungkaitkan antara tiadanya hubungan antara pencipta dan manusia mewujudkan satu keadaan yang mungkin menjadi punca tiadanya hubungan yang erat antara manusia. Kerana itulah penulis cuba memasukkan unsur hubungan pencipta dengan manusia dan menyerap di dalam realiti pasukan bola tampar tersebut untuk menunjukkan bahawa walaupun tidak mempunyai stamina atau kemudahan sukan yang lengkap, tetapi hubungan yang erat antara tuhan dan manusia menjadi satu dari sebab kejayaan yang hakiki, duniawi atau ukhrawi.

Dari sudut gaya bahasa, penulis novel menggunakan langgam bahasa santai, yang tidak memberatkan pembaca untuk memahami apa yang digarap oleh penulis di dalam karya beliau, selain itu, penggunaan teknik dialog dan monolog diseimbangkan supaya pembaca tidak cepat bosan di dalam membaca dan menghayati novel tersebut. Setiap hujung bab di dalam novel itu ditutup dengan teknik saspen, supaya pembaca tertanya-tanya apakah kesudahan setiap bab tersebut.

Sebagai kesimpulannya, novel ini merupakan satu percubaan Hilal Asyraf untuk terjun ke dalam dunia penulisan sastera serius, dan novel ini boleh dikatakan mampu untuk menandingi kehebatan novel pop-islam yang terkenal seperti Ayat- Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan sebagainya. Mungkin inilah masanya untuk kita mengubah selera pembacaan kita daripada novel- novel pop-islami dan picisan kepada karya berunsur islam keseluruhannya.

4 Comments

Filed under penulisan sastera