sambungan kaitan sastera melayu-arab

Assalamualaikum…. rasanya terperam lama saya tidak mengeluarkan post-post terbaru daripada sastera melayu-arab…

rasanya ada beberapa perkara di dalam sastera melayu- arab yang masih perlu diperbincangkan dan diperhalusi… antara yang menjadi persoalan ialah perkaitan antara puisi Hamzah Fansuri dengan puisi ahli- ahli tasauf arab antaranya Ibn ‘Arabi dan Ibn Ar-Rumi… disamping pengaruh yang terdapat di dalam naskhah puisi “Al-Amin” oleh A.Samad Said, di mana ada yang mengatakan bahawa puisi ini menyerap beberapa sumber islam yang utama, antaranya sirah Nabi S.A.W dan beberapa buah puisi yang dikenali sebagai  ”Al-Burdah”. mungkin inilah yang memberi impak yang besar di dalam perkembangan sastera melayu.

Apa yang perlu menjadi persoalan kini, apakah novel- novel islami kini banyak mengambil pengaruh persekitaran masyarakat yang sarat dengan elemen-elemen timur tengah? mungkin bagi mereka yang membaca tanpa memberikan komentar, mereka akan berpendapat sedemikian. Tetapi, saya berpendapat bahawa ada sebahagian novel- novel islami kini banyak mengambil pengaruh timur barat, terutamanya negara- negara arab, tetapi masih kurang menggarapkan sepenuhnya ruang yang ada bagi memberikan satu latar tempat yang menarik minat pembaca untuk terus mengkaji dan memahami novel islami. Inilah sebabnya kenapa kebanyakan novel islami kurang mendapat tempat di kalangan masyarakat berbanding novel picisan yang terdapat di pasaran kini.

Inilah peluang kita untuk terus mendekati dan memahami fungsi sebenar sesuatu karya itu dihasilkan.

Di dalam perbincangan yang lain, saya akan cuba mengupas beberapa perkara yang terdapat di dalam ruang perbincangan sastera bandingan arab.

Advertisement

Leave a Comment

Filed under penulisan sastera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s